fbpx
Gambar hiasan.

Kementerian Kesihatan buru penjual energy stick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penggunaan produk dikenali energy stick yang semakin berleluasa ketika ini terutama dalam kalangan pelajar sekolah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual gajet yang menyerupai vape tersebut termasuk secara dalam talian.

Beliau menerima laporan berhubung aktiviti penjualan produk yang kononnya berfungsi memberikan kesegaran itu dan sudah mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk me­lakukan siasatan mengenainya.

“Saya menerima aduan (e­nergy stick) dan akan disalurkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Kesedaran Kan­ser Hati Sempena Hari Kanser Sedunia 2024 di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan penggunaan energy stick atau penyedut hidung sedang mening­kat naik dalam kalangan pelajar sekolah termasuk di peringkat rendah.

Public Health Malaysia (PHM) dalam hantarannya di Facebook memaklumkan, peranti tersebut dijual secara berleluasa pada harga serendah RM2.50 hingga RM10 setiap satu.

Kehadiran energy stick de­ngan saiz kecil seperti pemetik api dan mempunyai pelbagai pilihan perasa itu dibimbangi boleh mengheret golongan muda menjadi penagih vape.

Penggunaan energy stick itu juga dikhuatiri boleh menjerat penggunanya ke arah penggunaan vape dan dadah pada masa akan datang.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati peranti penyedut tersebut dijual kepada orang ramai tanpa had umur di platform e-dagang.

Terdapat lebih 30 peniaga menjual produk penyedut tersebut di negara ini, malah ada juga penjual yang menggunakan alamat di luar negara.

PRODUK energy stick didakwa mampu memberi kesegaran kepada pengguna menerusi perisa yang ditawarkan
pada harga serendah RM2.50 setiap satu.

Energi stick itu menawarkan lebih 15 pilihan perisa antaranya tembikai, anggur, lemon, tembikai susu, kopi dan strawberi.

Kesemua perisa yang ditawarkan itu sememangnya disukai oleh golongan remaja dan kanak-kanak.
Antara tarikan lain yang diguna pakai oleh pihak penjual adalah ‘tagline’ yang dilihat secara jelas ditujukan kepada golongan sasaran tersebut.

Sebagai contoh, ‘Hisap dahulu, baru ke sekolah’, ‘Hisap-hisap anda lega, hisap-hisap anda bertenaga’ dan ‘Ambil masa untuk rehat, sedut dan cergas ke sekolah’.

Malah, peranti tersebut juga didakwa mampu mengubati penyakit seperti resdung, asma dan selsema.

Ada pelajar yang turut membawa peranti tersebut ke sekolah dan menggunakannya sewaktu berada di dalam kelas.

Gajet tersebut menjanjikan rasa kelegaan kepada pengguna terutama kepada mereka yang selesema.

Malah, produk penyedut tersebut didakwa mampu meng­ubati penyakit seperti resdung dan asma.

Lebih membimbangkan, tiada sebarang tanda pengesahan alat tersebut selamat digunakan daripada KKM selain berisiko sekiranya disalahgunakan oleh mereka pada usia muda.

Tinjauan di kedai-kedai runcit di sekitar ibu negara pula mendapati peranti tersebut masih belum dijual secara meluas.

Rata-rata pengguna hanya mendapatkan produk itu melalui platform jualan e-dagang.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, produk itu mula popular sejak empat bulan lalu.
“Ia merupakan modus operandi baharu bagi menarik minat generasi muda terlibat dalam penggunaan rokok elektrik atau vape,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN