fbpx

Persoalan siapa bunuh Elena Alves terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THE UNDOING

SIAPA bunuh Elena Alves? Persoalan yang sudah bermain sejak episod perdana drama The Undoing barangkali sudah terjawab selepas karya arahan Susanne Bier itu melabuhkan tirainya minggu ini.

Biarkan sahaja persoalan tersebut terus bermain dalam benak fikiran khalayak yang masih belum mempunyai kelapangan menonton episod akhir drama siaran HBO berkenaan.

Sewaktu penulisan ini disiapkan, penulis sendiri belum berkesempatan untuk menonton episod akhir drama yang dibintangi oleh Nicole Kidman dan Hugh Grant itu.

Apa yang menarik sangat tentang The Undoing? Bagi penulis, tidak banyak yang boleh dipuji dari segi jalan cerita atau naratif tetapi pemilihan tema atau elemen psychological thriller memudahkan naskhah tersebut menangkap perhatian penonton.

Dijayakan dua bintang, Kidman dan Grant, sepatutnya aspek tersebut cukup kuat membuat drama tersebut mendapat tempat di hati penonton seperti karya yang pantas sohor kini dalam Netflix.

Mungkin status siri mini membuatkan hal berkenaan sukar untuk dicapai. Bagi penulis itu bukan alasan kerana The Queen’s Gambit juga berstatus sama dan episodnya kurang daripada 10, namun impaknya sangat luar biasa.

GANDINGAN dua bintang besar, Nicole Kidman dan Hugh Grant sebenarnya cukup kuat untuk menjadi tarikan penonton menyaksikan The Undoing hingga ke penamat.

Berbalik soal naratif, setiap episod menguji ‘iman’ penonton untuk membongkar dan mengetahui siapakah orang yang bertanggungjawab membunuh Elena.

Sejujurnya, tiada yang cela tentang jalan cerita. Naratifnya masih sebuah karya suspens yang klise biarpun banyak dibantu sinematografi hebat.

Rujukan penulis, semestinya karya seperti The Silence of the Lambs, Uncut Gems dan beberapa lagi karya lain bertema serupa.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pengarah dan produksi yang berjaya bermain dengan emosi dan adrenalin penonton yang tidak sabar untuk merungkai misteri utama kematian Elena.

Penulis juga kagum dan suka dengan gaya fesyen yang digayakan Kidman hampir setiap episod. Semuanya, elegan dan penuh karisma.

Menyentuh soal lakonan, selain Kidman dan Grant, penulis juga jatuh hati terhadap watak Henry yang dijayakan bintang cilik, Noah Jupe. Kualiti lakonan yang dipaparkan pelakon lain juga tidak kurang hebatnya walaupun berstatus pelakon sampingan.

Pada akhirnya, persoalan siapa bunuh Elina hanya mampu dicapai penonton yang boleh meminjamkan waktu menyaksikan drama berkenaan. Cuma satu pesanan penulis, jangan gopoh dikecewakan spoiler dalam sosial seperti Twitter kerana di situ juga jawapan, namun klimaksnya mungkin kurang mengujakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI