fbpx
RUMAH pelacuran untuk warga asing tidak relevan kerana menimbulkan banyak masalah dan keruntuhan rumah tangga. – GAMBAR HIASAN

Luahan Pembaca: Jangan halalkan perkara yang jelas haram, berdosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

MINGGU lalu kecoh di media sosial apabila ada cadangan supaya diwujudkan rumah pelacuran khusus kepada warga asing untuk melampiaskan nafsu selepas berjauhan dengan pasangan masing-masing.

Penulis terfikir jika benar diwujudkan, adakah hanya warga asing yang menjadi pelanggan? Sedangkan yang haram sebelum ini juga dipenuhi rakyat tempatan.

Lagi satu, siapakah yang akan bekerja di rumah-rumah pelacuran ini? Adakah pekerja asing atau warga tempatan.

Kononnya rumah pelacuran ini untuk mengelakkan wanita dan anak-anak kita menjadi mangsa rogol warga asing.

Kalau berdasarkan kes dan data pihak berkuasa pun, tidak ramai rakyat tempatan menjadi mangsa rogol atau keganasan seksual oleh warga asing.

Malah, kebanyakan memang suka sama suka dan ada juga yang telah jatuh cinta pada warga asing sehingga memilih golongan itu sebagai pasangan hidup.

Justeru, sebagai rakyat tempatan dan seorang Muslim, saya menentang sepenuhnya kewujudan rumah pelacuran ini kerana ia banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan.

Contohnya, pusat ini sudah pasti akan membawa pelbagai masalah penyakit seperti jangkitan kelamin, HIV dan AIDS. Malah, ia juga akan meruntuhkan institusi kekeluargaan apabila ramai pasangan akan curang dan melanggan pelacur.

Nasihat saya, jangan halalkan perkara yang jelas haram dan salah di sisi agama dan undang-undang. Sedarlah kita pun sudah berada di akhir zaman, jangan mengundang lagi bala dari Allah.

Amal Maaruf,
Nahi Mungkar
Petaling Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN