fbpx
PENDUDUK Orang Asli di Pos Simpor, Gua Musang kecewa apabila tanaman mereka musnah akibat serangan gajah sejak setahun lalu.

Gajah liar ganggu hidup 800 Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 800 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar yang tinggal di tujuh buah kampung di Pos Simpor di sini, kecewa apabila kebun dan sawah yang diusahakan mereka dimusnahkan gajah hingga menjejaskan bekalan makanan mereka sejak setahun lalu.

Serangan gajah bukan sahaja menyebabkan mereka berdepan dengan gangguan sumber makanan, malah menyebabkan mereka berputus asa untuk te­rus bercucuk tanam.

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kam­pung Orang Asli Pos Simpor, Dendi Johari, 36, berkata, kawasan terlibat termasuk Kampung Dandut, Kampung Jader, Kampung Halak serta Kampung Jader lama.

Katanya, penduduk tidak sempat menuai hasil padi bukit apabila kesemua tanaman itu dimusnahkan mamalia liar tersebut.

“Kami sangat kecewa kerana semua yang diusahakan menjadi sia-sia. Kejadian terbaharu berlaku pada Sabtu lalu apabila ta­naman di Kampung Dandut seperti padi bukit, pisang dan ubi kayu dirosakkan gajah liar,” katanya.

Dendi memberitahu, penduduk Orang Asli sudah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara berhubung kejadian itu.

Seorang penduduk Kampung Jader, Winson Bah Kuasan, 33, berkata, gangguan gajah sekali gus menyebabkan hampir ke­semua sumber makanan yang ditanam rosak.

Katanya, penduduk Orang Asli di pedalaman hanya bergantung hidup dengan tanaman di kebun sebagai sumber makanan.

“Masalah gangguan gajah ini sentiasa berulang, namun kami tetap perlu bercucuk tanam untuk sumber makanan.

“Kami sangat berbesar hati se­kiranya ada pihak yang sudi mem­beri bantuan bekalan makanan kepada penduduk di si­ni. Saya berharap ada tindakan segera untuk menangani ma­salah ini bagi menjamin keselamatan kami yang tinggal jauh di pe­dalaman,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN