fbpx

Ular sawa ‘berteduh’ dalam bonet kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menangkap ular sawa yang melingkar pada bonet bahagian enjin kereta dalam kejadian di Kampung Batu 25, Pekan Nenas, Pontian, malam semalam. Foto IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja bengkel terkejut apabila ternampak seekor ular sawa di bahagian but depan kereta dalam kejadian di Kampung Batu 25, Pekan Nenas, malam semalam.

Kehadiran reptilia sepanjang enam meter itu disedari pekerja bengkel berkenaan setelah tercampak ekor haiwan itu ketika sedang menutup premis tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Zamani Md. Din berkata, pihaknya menerima
panggilan kecemasan berhubung perkara tersebut.

Katanya, seramai lapan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas dikejarkan ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, didapati benar terdapat seekor ular sawa sepanjang enam meter berada di dalam but depan bahagian enjin kereta di kawasan bangkel kereta.

“PKO bertindak menangkap ular tersebut menggunakan seunit penjerut dan melepaskan jauh dari kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zamani berkata, operasi ditamatkan pada kira-kira 10.42 malam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI