fbpx

Peguam hartanah didakwa subahat palsu dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang peguam hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan bersubahat memalsukan dokumen berhubung jual beli hartanah tiga tahun lalu.

Tertuduh M.Pathmarajah, 64, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan tertuduh didakwa bersubahat dengan seorang invidu telah memalsukan sembilan dokumen antaranya ialah Sale And Purchase Agreement, Letter Of Authorisation Sale And Puchase Agreement dan Letter Of Authorisation Release Of The Balance Purchase Price Sale And Agreement yang digunakan dengan niat untuk menipu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 468 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Telawi, Bangsar di sini antara September 2017 hingga Mac 2018.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Hamzah menawarkan jaminan sebanyak RM300,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan.

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Datuk C. Vignesh Kumar memohon mahkamah mengurangkan jumlah ikat jamin dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga dengan tiga orang anak berusia 19 hingga 23 tahun yang masih belajar.

“Selain itu, anak guam saya juga mempunyai penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis, jadi saya pohon jumlah jaminan yang rendah,” katanya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Emelia membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan.

Tarikh 12 Januari 2021 ditetapkan sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI