fbpx
GAMBAR fail sebuah van yang menjalankan aktiviti pengangkutan tanpa lesen ditahan oleh penguatkuasaan ketika sekatan jalan raya di Selangor.

Bas sekolah haram masih berleluasa atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Isu bas sekolah yang beroperasi secara haram bagaikan tiada penghujung apabila perkhidmatan berkenaan terus berleluasa khususnya di sekitar Lembah Klang.

Penguatkuasaan pihak berkuasa terutama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diibaratkan mencurah air ke daun keladi apabila tidak tegas dalam pembanterasan ‘lanun’ kenderaan haram itu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, rata-rata pengusaha bas berlesen kesal dengan JPJ meskipun pelbagai aduan telah disalurkan kepada pihak tersebut.

Katanya, ini termasuk video, gambar, nombor kenderaan, lokasi dan tarikh kejadian bagi memudahkan urusan penguatkuasaan.

“Macam susah sangat hendak hancurkan kegiatan mereka (bas sekolah tidak berlesan) ini. Kewujudan mereka mengganggu punca pendapatan pengusaha bas berlesen kerana menawarkan tambang yang murah dan boleh melakukan apa sahaja tanpa rasa takut.

“Yang ‘takut’ adalah pengusaha bas sekolah kerana perlu mematuhi semua peraturan dan syarat ditetapkan kerajaan.

“Apa guna ada agensi seperti JPJ atau polis. Lalu depan mata mereka pun, namun buat-buat buta. Bukan sukar hendak tangkap mereka,” katanya dalam kenyataan kepada Kosmo! di sini semalam.

Kosmo! dalam beberapa siri laporan sebelum ini melaporkan dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 buah bas sekolah yang beroperasi secara haram di kawasan Lembah Klang dan jumlah itu menyamai jumlah bas sekolah yang berdaftar dengan pihak berwajib.

Lebih mengejutkan, operasi kenderaan haram itu agak sukar untuk dikesan kerana warna bas tersebut sama seperti bas sekolah biasa yang mempunyai permit.

Kata Mohamad Haron, berdasarkan pengalaman pihaknya mendapati JPJ gagal melaksanakan penguatkuasaan sewajarnya walaupun kenderaan haram ini tidak mempunyai cukai jalan, insurans perlindungan, pemeriksaan berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), lesen memandu dan permit Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tegasnya, JPJ hanya berjaya menyaman mereka, namun kenderaan-kenderaan itu kembali beroperasi semula selang dua hari kemudian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN