fbpx

OilyLicious anjur program tingkat kesedaran tangani masalah emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengedar OilyLicious yang hadir pada program OXU: Revive, Reborn, Resize di Shah Alam baru-baru ini.

SHAH ALAM – Rakan jenama Young Living, OilyLicious Healthcare Sdn. Bhd. (OilyLicious) mahu meneruskan program yang berjaya dianjurkan baru-baru ini iaitu OXU: Revive, Reborn, Rise ke dua lokasi utama lain iaitu di Johor Bahru, Johor dan Ipoh, Perak sebelum akhir tahun ini.

Kejayaan hasil program terdahulu di Pulau Pinang dan juga di sini, menunjukkan masih ramai usahawan di bawah kumpulannya juga masyarakat luar menghadapi pelbagai masalah khususnya berkaitan emosi.

Pengasas OilyLicious, Norhidawati Abdul Aziz berkata, fokus utama program tersebut adalah untuk meningkatkan pengetahuan umum termasuk usahawan di bawah empayar­nya menggunakan manfaat mi­nyak pati berjenama Young Li­ving yang membantu meningkatkan tahap kesihatan mental, fizikal, emosi dan juga spiritual.

Menurut beliau, mereka yang menghidap penyakit berkaitan emosi dan kemurungan perlu mendapatkan bantuan segera sebelum ia menjadi parah.

“Apa yang akan saya sampaikan dalam program tersebut adalah cara menggunakan kaedah semula jadi dan selamat, malah tiada kesan sampingan dengan menggunakan minyak pati tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis tersebut di sini baru-baru ini.
Ahli OilyLicious kini telah mencecah lebih 35,000 orang.

Program OXU: Revive, Reborn, Rise itu adalah kerjasama syarikat dengan salah satu kumpulan di bawah OilyLicious iaitu UyaOilers untuk mendidik masyarakat mengenai minyak pati keluaran syarikat tersebut.

Selain itu, Norhidawati menjelaskan, program tersebut turut terbuka kepada umum bagi mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat minyak pati yang mana ia bersesuaian untuk kanak-kanak hingga dewasa. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI