fbpx

Jual minyak masak subsidi dalam talian, KKD bincang dengan KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aktiviti menjual minyak masak paket subsidi menerusi platform media sosial.

SEPANG – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berbincang dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung isu penjualan minyak masak peket subsidi secara dalam talian di beberapa platform media sosial ketika ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau melihat perkara ini sebagai serius dan ia jelas melanggar peraturan yang ditetapkan KPDN.

Beliau berkata, pihaknya akan memanjangkan isu berkenaan kepada KPDN dan jika wujud pelanggaran undang-undang maka, maka akan diambil tindakan.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga akan menjalankan tindakan lanjut bagi menyiasat mengikut lunas undang-undang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Madani Peringkat Zon Selatan Negeri Selangor 2023, di sini hari ini.

Tinjauan di beberapa platform media sosial termasuk ‘marketplace’ Facebook mendapati, wujud segelintir peniaga memasarkan minyak masak paket subsidi di platform berkenaan.

Didapati, barangan keperluan itu dijual pada harga agak tinggi iaitu melebihi harga kawalan iaitu RM3 sekilogram berbanding RM2.50 ditetapkan kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI