“Selamat pengantin baru, kami ucapkan, dipanjangkan jodoh, selamat berkekalan. Cantik sungguh oooh muda bestari, kedua pengantin suami isteri. Hidup muafakat diberkati. Hingga kekal ke anak cucu.” Begitulah bait-bait ‘ratib’ melekakan halwa telinga yang berulang-ulang melintasi setiap kali aplikasi TikTok dilayari sejak seminggu atau mungkin dua minggu kebelakangan ini. Sebetulnya, penulis sendiri sudah lama tidak menghadiri majlis-majlis seperti cukur jambul, berkhatan atau Maulidur Rasul. Sesekali ke majlis kenduri kahwin pun, jarang benar kebetulan terserempak dengan geng berzanji dan marhaban. Jadi, video……