fbpx
Gagal menguruskan hutang dengan bijak menyebabkan ada peminjam yang terpaksa menjual semula barangan milik mereka. – GAMBAR HIASAN

Jual semula beg mewah, gajet untuk bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahu bergaya dan hidup dalam kemewahan menyebabkan seorang eksekutif wanita kini terpaksa menanggung hutang RM4,000 gara-gara gagal menyelesaikan pembayaran menerusi perkhidmatan Beli Dahulu Bayar Kemudian (BNPL).

Wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zaliya, 27, berkata, semuanya bermula ekoran tindakannya sendiri yang mahu dipandang tinggi oleh rakan-rakannya termasuk dalam soal pakaian dan beg berjenama, kasut, gajet serta perabot dan barangan elektronik dalam rumah.

Katanya, lebih mendorong kepadanya untuk berhutang adalah disebabkan keadah BNPL yang dirasakan lebih mudah kerana tiada had minimum bagi setiap pembelian.

“Memang seronok membeli disebabkan banyak promosi dan diskaun. Saya juga boleh ber­belanja tanpa had selain boleh mendaftar lebih dari satu penyedia BNFL.

“Tidak perlu fikir bayaran segera meskipun poket sudah kering. Cukup bulan baru bayar,” katanya yang mempunyai pendapatan bulanan RM3,000.

Ujarnya, dia bagaimanapun mengaku tersilap langkah apabila semakin tidak berdisplin selain boros sehingga terperangkap dalam hutang sendiri.

“BNFL saya anggap macam ‘magnet’ yang menarik diri untuk membeli dan terus membeli. Memang ada terima peringatan daripada penyedia bagi pembayaran, namun saya tangguhkannya dan membeli lagi.

“Sekarang saya sudah terbeban dengan hutang berganda sebanyak RM4,000. Ada barangan yang saya beli sebelum ini saya jual semula agar dapat lunaskan hutang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN