fbpx

Wanita diragut gelang emas depan balai bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang wanita kerugian RM2,500 selepas gelang emasnya diragut dalam kejadian di hadapan Balai Bomba Seksyen 15, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika mangsa berusia 37 tahun sedang menaiki motosikal bersama anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke arah bandar raya ini telah dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru gelap tanpa nombor pendaftaran.

Katanya, suspek kemudiannya terus meragut gelang emas yang dipakai di sebelah tangan kanan mangsa.

“Mangsa cuba mengejar penunggang motosikal yang meragutnya namun gagal.

“Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan atau kecederaan yang dialami oleh mangsa dan anak lelakinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan kes disasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Justeru, Mohd. Iqbal meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Afandi Ahmad ditalian 03-55202222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI