fbpx
Penonton dengan pantas mengkritik ketibaan tetamu yang dilihat mengunyah gula-gula getah semasa mereka tiba. - Rex

Peminat monarki kecewa tabiat pengotor tetamu pertabalan di Westminster Abbey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Peminat monarki Britain mengkritik sebilangan tetamu yang hadir untuk menyaksikan pertabalan diraja malam tadi selepas mereka dilihat mempamerkan tabiat buruk.

Seorang peminat monarki menulis: “Sesiapa perasan ramai tetamu mengunyah gula-gula getah? Apa semua ini? Ada sesiapa perasan#Pemahkotaan.

Seorang lagi peminat diraja bersetuju dengan kenyataan itu dan menambah: “Mengapa begitu ramai orang mengunyah gula-gula getah? Apa yang berlaku kepada adat sopan rakyat Britain?

“Mengunyah gula-gula getah, biar benar ! Ini majlis pertabalan diraja bukan perlawanan bola keranjang,” kata peminat diraja lain. 

Raja Charles III ,74, dan Permaisuri Camilla dimahkotakan dalam upacara gilang gemilang yang ditonton oleh 350 juta orang. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI