fbpx

Rakyat Indonesia kecewa bendera terbalik di Sukan Sea Kemboja 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera Indonesia yang dipasang terbalik pada perasmian Sukan Sea malam tadi.

PETALING JAYA – Tuan rumah Sukan SEA Kemboja 2023 menjadi tajuk utama warga Indonesia hari ini apabila menyaksikan kejadian bendera negara tersebut dipasang terbalik.

Kejadian tersebut berlaku ketika upacara pembukaan sukan terbesar Asia Tenggara ke-32 itu yang berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo malam tadi.

Bendera Indonesia telah dipasang secara terbalik ketika perarakan bendera-bendera kontinjen negara terlibat dibawa masuk ke stadium terbesar Kemboja itu.

Untuk rekod, bendera Indonesia mempunyai dua warna di mana warna merah berada di atas manakala putih di bawah.

Namun ketika upacara tersebut berlangsung, bendera Indonesia dipasang secara terbalik bertukar menjadi bendera Poland.

Laman web Asean Skyline yang memaparkan berkenaan sejarah tersebut turut diserang oleh netizen Indonesia yang sedih dengan kejadian tersebut.

“Ini bukan kali pertama, dulu pernah berlaku. Saya harap penganjur lebih peka selepas ini, ” kata seorang pengguna media sosial.

“Selamat datang Poland ke Sukan SEA, orang di sini rendah-rendah jangan main betul-betul ya,” tulis Ly Fong. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI