fbpx
Gambar hiasan.

Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri menjelang petang nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiga negeri terlibat adalah Perak di daerah Batang Padang dan Muallim serta di Pahang iaitu di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis serta Kuantan.

Manakala di Sabah termasuk kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

“Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN