fbpx

Ada hikmah kalah, terima dengan hati terbuka – Shahrizat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizat (kanan) memuat naik gambar pada Instagram beliau.

PETALING JAYA – “Walaupun rezeki tak ada, tapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang tewas dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO berasa bertuah apabila berpeluang bertanding pada pemilihan kali ini.

“Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta tudung merah dan semua ibu terbaik bangsa. Wanita UMNO menjadi sumber inspirasi saya sekian lama.

“Saya rasa bertuah diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO. Saya menikmati rasa seronok setiap minit masa saya bersama Wanita UMNO dan berhubung semula dengan mereka serta ahli parti yang lain,” katanya pada hantaran Instagram hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain mengucapkan tahniah kepada Datuk Noraini Ahmad yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah di atas kemenangan beliau dan mengekalkan jawatan selaku Ketua Wanita UMNO. Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dengan harapan beliau akan selepas ini membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang telah berjaya mengekalkan jawatan beliau selaku Naib Ketua Wanita UMNO dan juga kepada barisan Exco Wanita UMNO,” katanya.

Terdahulu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi sekali gus cubaan beliau untuk kembali menerajui Ketua Wanita UMNO tidak kesampaian.

Shahrizat sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 iaitu selepas 11 tahun memimpin sayap wanita parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI