fbpx

[VIDEO] Polis buru lelaki curi tabung masjid di Kuala Baram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video yang tular menunjukkan menunjukkan seorang lelaki sedang mengumpil tabung masjid di Masjid Nurul Iman, Kampung Masjid Kuala Baram, Miri tular di Facebook.

MIRI – Polis Daerah Miri sedang mengesan seorang lelaki kerana disyaki mencuri tabung masjid di Masjid Nurul Iman, Kampung Masjid Kuala Baram, di sini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ia susulan laporan yang diterima daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Iman pada Jumaat lalu.

Katanya laporan dibuat di Balai Polis Pusat Miri selepas video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengumpil tabung masjid di Masjid Nurul Iman tular di Facebook.

“Setakat ini suspek belum ditangkap dan kami memohon orang ramai untuk memberi maklumat bagi membantu mengesan suspek,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya terdapat individu yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah, sila tampil ke balai polis yang berdekatan untuk perkongsian maklumat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI