fbpx
KEADAAN Muhamad Ali yang kini berada di ICU Hospital Salford Royal, Manchenster.

Bil hospital cecah RM300,000, rakyat Malaysia di UK rayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Percutian dan ziarah dakwah seorang rakyat Malaysia ke United Kingdom (UK) berubah sekelip mata apabila secara tiba-tiba dia terjatuh, sekali gus tidak sedarkan diri dalam kejadian 9 Disember lalu.

Difahamkan, kejadian me­nimpa Muhamad Ali Nor Yaakob, 59, berlaku sewaktu bangun mengerjakan solat sunat tahajud.

Dia ditemani isteri, Radziah Ahmad, 48, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Salford Ro­yal, Manchester.
Muhamad Ali berasal dari Johor mengalami pendarahan otak dan serangan strok berada di wad itu kira-kira tiga minggu dan memerlukan sumba­ngan RM300,000 bagi pembayaran bil hospital serta kos rawatan lain termasuk pembedahan.

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di UK, Sofinee Harun yang membantu urusan Muha­mad Ali di hospital itu membe­ritahu, lelaki tersebut bersama isteri ke UK secara rombongan kumpulan dan sepatutnya pulang ke Malaysia 22 Disember.

“Sebenarnya dia mengambil insurans sebelum penerbangan ke UK, namun hanya boleh dituntut maksimum kira-kira RM100,000. Urusan bagi tuntutan insurans juga sedang dibuat.

“Bayaran satu malam di ICU dijangka £3000 atau kira-kira RM16,000. Kita akan berun­ding dengan pihak hospital untuk memohon mengurangkan bayaran bil atau sekurang-kurang­nya diskaun,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Sofinee yang aktif melakukan kerja amal memaklumkan, seorang anak pasangan tersebut serta adik kepada Muhamad Ali sudah tiba di UK bagi menyelesaikan urusan-urusan diperlukan.

“Pasangan ini mempunyai 11 anak dengan seorang daripada­nya berusia 23 tahun iaitu orang kelainan upaya (OKU) dijaga anak sulung mereka ketika ini.

“Difahamkan, ada beberapa anak pasangan ini masih bersekolah,” katanya.
Dalam pada itu, Sofinee berkata, sejak kisah Muhamad Ali dikongsi di laman sosial Facebook, sebanyak RM33,835 sumbangan berjaya dikumpul sehingga 29 Disember lalu daripada orang ramai termasuk rakyat Malaysia.

“Pada masa ini, nampak perubahan haji (panggilan Muhamad Ali) dan dia dalam keadaan sedar serta memberikan maklum balas, namun masih letih. Ia adalah ujian untuk mereka, jus­teru mungkin ada rakyat Malaysia yang boleh tampil membantu biar­pun sedikit,” katanya.

Sumbangan boleh boleh dibuat melalui ‘Kitchen in Calais’ menerusi akaun Maybank KICM 555108320967 (rujukan Haji Ali) atau kepada adik Muhamad Ali melalui akaun Maybank Mohammad Farid Yaakob 162339018726 (rujukan Ali Nor).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN