fbpx
MENERUSI penganjuran konsert For Yoi, Nourul tidak kisah setakat pulang modal melihatkan kepuasan penonton malah yakin pelaburan dilakukan bakal membawa pulangan untuk jangka masa panjang. -FARIZ RUSADIO

‘Walau saya nyanyi percuma, pelaburan untuk diri sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Melaburkan wang pencen demi Konsert For You Nourul, penyanyi Nourul Depp menyifatkan persembahan mega solo diimpikan selama 32 tahun di arena muzik di Zepp KL malam tadi sangat berbaloi.

Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, 48, berkata, dia tidak kisah setakat pulang modal melihatkan kepuasan penonton malah yakin pelaburan dilakukan bakal membawa pulangan untuk jangka masa panjang.

“Berbaloi walaupun hanya balik modal dan saya yakin selepas ini akan banyak lagi rezeki lain. Insya-Allah.

“Sebenarnya, malam ini saya menyanyi secara percuma. Saya tak kisah pun kerana ini juga merupakan pelaburan untuk diri sendiri.

“Tak mengapa, yakin dengan rezeki-Nya. Pulangan akan datang kemudian. Saya buat semua ini kerana minat sertq cinta,” katanya ketika ditemui selepas konsert malam tadi.

Berdurasi lebih dua jam, Nourul membahagikan persembahannya dalam beberapa segmen termasuk membawakan rangkaian lagu idolanya iaitu Datuk Aishah, Ramlah Ram, Ziana Zain dan Ella.

Sebanyak 25 seleksi dendangan diperdengarkan di hadapan lebih 1,000 peminat termasuk rakan selebriti seperti Ning Baizura, Fauziah Latiff, Azah Aziz, Datuk Fazley Yaakob dan Datuk Seri Vida.

Penyanyi yang berhijrah ke Bali, Indonesia sejak beberapa tahun lalu itu turut mendendangkan lagu daripada album Perancisnya, Audjourdhui yang bermaksud Dan Kini.

Selain mengundang anaknya, Zachary Depp, Nourul juga menjemput penyanyi, Mimi Fly memanaskan pentas dengan lagu Temberang selain berduet menyampaikan Persamaan, Maafkanku dan Keliru.

Akuinya lagi, jika ada permintaan serta penaja mungkin Konsert For You Nourul dapat berlangsung di lokasi lain termasuk Singapura.

“Alhamdulillah. Kalau ada permintaan siapa tahu kita dapat ke negara jiran, Singapura contohnya atau buat di kampung saya pula, Pulau Pinang,” ujarnya.

Dianjurkan syarikatnya sendiri, ND Entertainment, konsert For You Nourul menjadi persembahan eksklusif bagi meraikan tiga dekad perjalanannya dalam industri seni tanah air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN