fbpx
AZRI memaklumkan, hasrat Syazlin untuk bertemu anaknya yang dilahirkan bulan lalu tidak kesampaian. Kredit foto Facebook Azri Azizi.

Arwah Syazlin Zainal tak sempat jumpa anak buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Allahyarham pelakon Syazlin Zainal yang meninggal dunia semalam tidak sempat bertemu dengan anak saudaranya yang dilahirkan bulan lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Azri A. Zainal iaitu abang kepada Syazlin.

Ujar Azri, Syazlin sangat teruja untuk bertemu dengan anaknya yang diberi nama Aralyn, namun hasrat arwah tidak kesampaian selepas dia pergi terlebih dahulu.

“Dia kata nak jumpa sangat bayi perempuan kami yang baru lahir, Aralyn sebab nama mereka hampir sama.

“Saya pilih nama itu pun sebab Alin (Syazlin). Tapi Aralyn takkan dapat jumpa ibu saudaranya. Al-Fatihah,” tulis Azri.

CIAPAN Azri dalam Twitter yang memaklumkan Syazlin sangat berhajat untuk berjumpa anaknya yang dilahirkan bulan lepas.

Lelaki itu memaklumkan, kali terakhir dia bertemu dengan pelakon drama Oh My Hantaran itu sekitar bulan lepas ketika isterinya berpantang di kampung.

Hasil carian dalam Facebook, Azri turut memuat naik sekeping gambar hitam putih bersama allahyarham beberapa jam lalu.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan laporan berita pelakon itu meninggal dunia pada usia 26 tahun di Johor.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pelakon itu meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Syazlin atau nama lengkapnya Syazlin Suhaizan Zainal yang dilahirkan pada 14 November 1996 bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Isnin depan.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN