fbpx

Bas UPSI terbabas: Kenderaan selamat dinaiki, diselenggara mengikut waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa menunjukkan kesan kecederaan kepada Husaini (tengah) sambil diperhatikan oleh Md. Amin (dua dari kanan) di UPSI semalam.

TANJUNG MALIM – Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabas di pinggir Jalan Slim Lama kelmarin selamat dinaiki dan diselenggara mengikut waktu yang ditetapkan.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pihaknya telah menerima laporan kenderaan tersebut dai ia disahkan diselenggara mengikut jadual berkala di samping diperiksa Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) setiap enam bulan.

“Ketika kejadian juga,  kapasiti maksimum yang dibenarkan berdasarkan kontrak perkhidmatan ialah 60 orang pelajar.

“Bahkan, hasil semakan pada Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) sistem kawalan pemanduan bas mendapati ia dibawa pada kelajuan dibenarkan iaitu 72 kilometer sejam ketika kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Md. Amin, ketika kejadian, bas itu dinaiki oleh 56 pelajar dan seorang pemandu berusia 63 tahun.

Beliau juga berkata, pihaknya akan terus memantau keselamatan pelajar serta memberi sokongan menerusi khidmat nasihat kaunseling menerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar di kampus.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Dr. Husaini Omar berkata, kejadian berlaku dipercayai berpunca dari tayar bas yang pecah.

Menurunya, ia menyebabkan bas itu terbabas dari pinggir jalan sejauh kira-kira 70 meter ke tebing jalan dan menyusuri longkang di dalam semak, bukanlah ke dalam gaung seperti yang didakwa.

Menurutnya, dua pelajar menerima rawatan pesakit luar, dengan salah seorang menjalani ujian sinar-X sebelum doktor mengesahkan tiada kecederaan serius dialami.

“Seorang daripada pelajar menerima jahitan di dahi dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI