fbpx
Jumlah pelancong ke Langkawi sepanjang tahun ini sehingga September lalu seramai 1.8 juta orang. – GAMBAR HIASAN

Feri boleh buat Langkawi ‘mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Setelah lebih setahun industri pelancongan di pulau peranginan terkenal negara ini kembali beroperasi, rata-rata pemain industri itu mula bangkit walaupun belum pulih sepenuhnya selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, mereka men­dakwa, pemulihan semula Langkawi bukan sahaja mengalami kesukaran, malah industri itu boleh lumpuh disebabkan pelbagai isu terutama feri sering terkandas, kesukaran mendapatkan tiket dan kekurangan trip.

Seorang ejen kereta sewa, Muhaimin Amar Mahadzir, 35, ber­kata, setiap kali ada pelancong yang mahu menempah kenderaan sewa, dia akan bertanya sama ada mereka telah membeli tiket feri.

“Kami takut untuk mengambil tempahan kalau mereka belum beli tiket feri lagi kerana pernah ada pelancong yang menawarkan bilik hotel lima bintang yang ditempahnya kepada saya ke­rana gagal membeli tiket feri.

“Kalau lagi setahun keadaan ini berterusan, Langkawi boleh lumpuh kerana orang jadi meluat hendak datang ke sini hanya ke­rana susah dapat tiket feri,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Gambar fail menunjukkan sebuah kapal korek sedang mengeluarkan pasir dan lumpur di perairan Kuala Perlis berdekatan Terminal Feri Kuala Perlis pada 13 Februari lalu.

Seorang ejen pelancongan yang juga Pengurus Marina Watersports & Recreation, Norha­sila Alias, 42, berkata, jika mahu Langkawi pulih sepenuhnya, perjalanan feri perlu lebih konsisten.

“Sekarang ini, jadual feri yang tidak tetap menyebabkan ada pelancong yang datang dengan feri terakhir, tetapi terpaksa pulang dengan feri paling awal menyebabkan masa percutian mereka terlalu singkat,” ujarnya.

Berita berkaitan: Terkandas 6 jam, pelancong sudah serik naik feri

Seorang pelancong dari Kulim dekat sini, Nur Izatun Nafhirah Shaari, 29, berkata, dia biasa berkunjung ke Langkawi sebelum ini, namun kini kecewa apabila melihat jadual perjalanan feri tidak seperti dahulu.

“Semasa saya masuk ke sini Jumaat lalu, saya terlepas feri yang dijadualkan pada pukul 12 tengah hari, namun bernasib baik kerana dapat membeli tiket feri terakhir pada pukul 3.30 petang, hari sama.

“Langkawi tempat pelanco­ngan popular, jadi feri perlu ada lebih banyak perjalanan seperti dahulu supaya lebih ramai pelancong boleh masuk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN