fbpx
ORANG ramai diingatkan agar tidak menyentuh ubur-ubur bagi mengelak sebarang kecederaan. - Gambar hiasan

Populasi ubur-ubur bertambah sebab penyu makin kurang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Populasi ubur-ubur yang terdapat di perairan negara dikesan telah meningkat mendadak sejak ­akhir-akhir ini, sekali gus me­ngancam nyawa manusia.

Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Mohd. Fazrul Hisam Abd. Aziz berkata, kajian mendapati, pertambahan populasi ubur-ubur berlaku pada bulan Julai, Oktober, November dan Disember.

“Peningkatan populasi ubur-ubur meningkat disebabkan kekurangan haiwan pemangsa khususnya penyu belimbing yang sudah lama tidak muncul di perairan negara.

“Perubahan iklim dunia sejak akhir-akhir ini turut mempe­ngaruhi taburan dan pergerakan ubur-ubur,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dr. Mohd. Fazrul Hisam

Mohd. Fazrul Hisam berkata, sengatan ubur-ubur boleh menyebabkan seseorang itu pening, muntah, tekanan darah meningkat secara mendadak dan kegatalan pada kulit tubuh.

Tambah beliau, bagi sesetengah kes, sengatan ubur-ubur boleh memberikan kesan serius yang mengakibatkan kegagalan fungsi jantung.

“Sehubungan itu, rawatan awal amat penting untuk menyelamatkan nyawa mangsa terlibat.

“Kalau boleh, bawa sekali sampel ubur-ubur yang me­nyengat bagi memudahkan rujukan pegawai perubatan bertugas ketika memberi rawatan sesuai,” katanya.

Berita berkaitan: Kanak-kanak warga Perancis maut disengat ubur-ubur Pulau Pangkor

Mohd. Fazrul Hisam berkata, dua spesies ubur-ubur yang se­ring dikesan berada di perairan negara ini ialah Chirop­soides Buitendijki dan Morbakka.

Kosmo! semalam melaporkan seorang kanak-kanak lelaki warga Perancis maut akibat disengat ubur-ubur pada Isnin lalu.

Mangsa yang berusia lima tahun terkena sengatan ubur-ubur itu ketika mandi di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI