fbpx
SUT potongan slim menyerlahkan gaya si pemakai.

Sut serlah gaya keterampilan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sut selalunya dikaitkan sebagai pakaian rasmi korporat atau pegawai tinggi kerajaan dan jika memakainya, anda dianggap penuh keterampilan.

Sut hebat adalah yang berjaya menggambarkan profesyen anda. Sut yang bagus potongannya dapat menyerlahkan personaliti si pemakai agar tampak lebih segak, kacak dan bergaya.

Namun begitu, perlu diingat potongan sut serta jahitan yang tidak kemas tampak murah dan membuatkan anda kelihatan tidak refined & polished.

Berikut beberapa perkara yang anda anda perlu tahu tentang sut.

1. Sesuai digayakan

Sut jenis khaki paling sesuai digayakan dalam cuaca panas seperti di negara kita.

Jaket berpinggang (slim jacket) dan seluar yang diperbuat daripada kain kapas atau linen, bukan hanya ringan, tetapi juga menarik dipadankan dengan kemeja dan tali leher reka corak jalur pelbagai warna.

Tiada tolak ansur dari segi keselesaan dan kekemasan apabila anda membeli dan menempah sut.

Sut yang bermutu selalunya sedikit mahal. Oleh itu, pastikan pilihan sut boleh dipakai selalu dan mudah disuai padan dengan apa saja dalam almari anda.

Sut yang dibeli pada harga mahal sepatutnya tahan bertahun-tahun. Bespoke adalah terma bagi sut yang ditempat mengikut ukuran badan individu, kerana ia tempahan mengikut kehendak pelanggan.

2. Dijahit kemas

Ciri-ciri sut yang perlu anda miliki termasuk butang daripada tanduk, lapel berjahit tangan, kolar berlapik felt, lapisan kanvas antara kain diletak dan dijahit dengan kemas (bukan digam).

Pilihan fabrik lembut juga penting supaya anda boleh menyarungkannya selama 12 jam tanpa rasa gatal.

Jika mahu menggayakan sut jenis skinny yang mengikut potongan badan, pastikan ia digayakan dengan crisp white button-downshirt dan kasut oxford untuk gaya anggun.

3. Gaya klasik

Dalam lingkungan yang konservatif, lelaki seharusnya berpakaian mengikut gaya klasik dan rasmi (formal).

Pemilihan warna untuk sut busnes lebih ditumpukan pada rona hitam dan kelabu.

Apabila memilih sut, seseorang lelaki harus mencari paling sesuai dan selesa digayakan dan bukan memilih yang hebat dari segi rekaan, tetapi nampak janggal apabila dipakai.

Dalam erti kata lain, ia perlu menampilkan ciri-ciri yang tampak elegan, sofistikated dan gaya yang tidak terbatas.

Ini bagi menyerlahkan lagi keterampilan anda.

SUT yang bersesuaian lebih timeless dan boleh digayakan sepanjang zaman.

4. Mudah disuai padan

Jika dibandingkan, gaya sut two-button adalah lebih tidak lapuk dek zaman daripada jenis three-button.

Single-breasted jacket pula adalah lebih versatil berbanding double-breasted. Ia juga lebih mudah disuai padan, sama ada untuk acara formal, kasual atau bersantai.

Bagi majlis black-tie pula, ia akan kelihatan trendy, jika anda boleh menggayakan jaket mengikut bentuk badan (fitted), dipadankan dengan kemeja putih yang bersih.

Padanan ini mudah, tetapi sentiasa kelihatan hebat apabila digayakan.

5. Jaket potongan lurus

Untuk nampak lebih dinamik, pilihlah jaket atau blazer yang memberikan fokus kepada bahu anda.

Pilihan yang tepat adalah jaket yang punyai padding pada bahagian bahu. Paling sesuai pemakaian jaket potongan double-breasted.

Sekiranya anda mempunyai perut yang buncit sedikit, alternatifnya anda perlulah memilih jaket single-breasted.

Bagi jaket kasual pula, pilihlah yang berpotongan lurus dan panjang sedikit daripada garisan pinggang.

Paling penting, anda harus selesa dan yakin dengan keterampilan gaya, agar ia dapat memberikan impak imej positif serta menyakinkan dalam penampilan seharian.

6. Rona hitam

Jika anda hanya mahu memiliki sepasang sut, pilihlah dalam rona hitam, biru kelasi atau kelabu.

Jika mahu menyimpan lebih daripada sepasang (jaket dan seluar) dalam almari,semestinya salah satu sut perlulah menarik dan hebat (dari segi tekstur dan warna).

Bagi memberikan kelainan, pilihlah sut khaki atau jika anda berani bereksperimentasi, pilih dengan reka corak plaid (kain berpetak ataupun genggang) seperti dari jenis fabrik glen plaid dan Prince of Wales.

———————————————————————————————————————————————————————————————————————–

FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan

Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,

Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN