fbpx
GAMBAR HIASAN.

Berhenti kerja sebab digoda ‘andartu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemuda terpaksa melupakan hasratnya untuk membantu me­nyara keluarga kerana tidak tahan selepas digoda wanita berstatus ‘andartu’ sewaktu bekerja kilang di Pulau Pinang.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai Fairuz, 27, berkata, dia membuat keputusan berhenti kerja sebagai operator kilang dua bulan lalu kerana tertekan apabila kerap diganggu seorang rakan sekerja berusia lewat 40-an.

“Pada mulanya, saya anggap dia seperti kakak senior kerana sikapnya yang suka membantu sekiranya ada masalah di tempat kerja. Dia menjadi individu pa­ling awal menghulurkan bantuan berbanding penyelia.

“Lama-kelamaan, setelah dua bulan bekerja, saya nampak perubahan sikapnya apabila kerap menelefon malah hampir setiap jam,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Fairuz memberitahu, wanita itu pernah mengajak menema­ninya untuk membeli barangan termasuk pakaian dalam. Dia yang berasa tidak selesa apabila wanita itu berani memegang ta­ngan dan merapatkan tubuh­nya semasa di tempat kerja.

Cerita Fairuz lagi, wanita tersebut kerap membuat kejutan di kilang dengan memberi ha­diah dan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

“Saya nekad berhenti selepas menemui objek mencurigakan atas meja di tempat kerja. Bukan hendak menuduh tetapi hati saya berat mengatakan yang dia membuat sesuatu supaya saya mencintainya.

“Atas nasihat rakan serumah, dengan berat hati saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan menyekat nombor telefonnya,” ujarnya.

Berita berkaitan: Lelaki juga jadi mangsa seksual, diganggu wanita miang

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Amir, 25, memberitahu, dia diganggu secara seksual oleh seorang wanita yang bertindak menghantar mesej-mesej lucah ketika belajar di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.

“Dia cuba menyentuh badan saya, malah pernah memukul punggung dengan sengaja. Perbuatan spontan itu menyebabkan saya trauma untuk menghampi­rinya,” katanya.

Amir berkata, dia tidak berani untuk membuat aduan kerana bimbang dianggap perbuatan itu sebagai gurauan.

“Sejak itu, saya cuba menjauhkan diri daripadanya. Saya tak berani bercerita kepada rakan-rakan kerana bimbang dilabel sebagai lemah,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Alif, 25, berkata, seorang kenalan wanita pernah menyentuh bahagian kemaluannya ketika dia memandu kereta untuk keluar makan bersama.

“Saya berasa terkejut kerana anggap dia sebagai rakan. Saya hanya mampu menepis tangannya dan berseloroh supaya dia tidak melakukan perkara yang sama selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN