fbpx

Bekas Menteri Besar Terengganu meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad

KUALA LUMPUR- Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court di sini pada pukul 6.20 pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh anak Allahyarham, Hakim Wan Mokhtar menerusi satu hantaran di Facebook pagi tadi.

Katanya, jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Selangor selepas solat Zuhur.

“Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam selepas itu,” katanya.

Dalam hantaran itu juga, beliau turut memohon orang ramai memohon keampunan Allah dan dipermudahkan perjalanan Allahyarham di alam barzah selain mendapat ganjaran syurga.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa beliau, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya beliau ada hutang dengan sesiapa,” ujarnya.

Allahyarham yang berusia 88 tahun pernah menjawat jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi selain aktif menjadi pencetus terhadap penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI