fbpx

Polis Shanghai serbu rumah, bawa pesakit Covid-19 seperti penjenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan seorang lelaki cuba melarikan diri ketika apartmennya diserbu pasukan polis. – The Sun

BEIJING – Satu klip video tular di media sosial China kerana memaparkan senario anggota polis berpakaian sut perlindungan diri memecah masuk ke dalam sebuah unit apartmen lalu menahan seorang lelaki untuk dibawa ke kem kuarantin, lapor akhbar The Sun semalam.

Video itu dirakam di salah satu kawasan perumahan di Shanghai, di mana 25 juta penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu untuk menyekat penularan Covid-19.

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dilihat keluar ke balkon untuk melarikan diri ketika rumahnya diserbu pasukan polis.

Lelaki itu kemudiannya ‘ditembak’ menggunakan pistol perenjat sebelum menjadi lemah lalu dijatuhkan ke lantai balkoni oleh polis.

Dia kemudiannya dilaporkan dibawa ke kem kuarantin.

Dalam pada itu, laporan lain turut tersebar mengenai penduduk dikuarantin yang didakwa tidak mendapat bekalan makanan berhari-hari manakala haiwan peliharaan turut dipukul sehingga mati selepas pemiliknya positif Covid-19. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI