fbpx
Gambar hiasan.

12,380 kes Covid-19, 20,635 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 12,380 kes dengan 462 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 4,246,467 kes.

Dalam masa sama, sebanyak 20,635 kes sembuh sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,018,421 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 85 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 24 kes (28.24 peratus), kategori dua sebanyak 33 kes (38.82 peratus), kategori tiga sebanyak 28 kes (32.94 peratus), kategori empat sebanyak 57 kes (67.06 peratus) dan kategori lima 49 kes (57.65 peratus).

“Daripada 85 kes kategori tiga, empat dan lima, 24 kes (28.24 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 33 kes (38.82 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 28 kes (32.94 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 57 kes (67.06 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 49 kes (57.65 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, data pada laman web CovidNow menunjukkan, 30 kematian direkodkan menjadikan sebanyak 35,099 kes, manakala 11 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah terkini BID sebanyak 7,408 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN