fbpx

13 maut bas persiaran jatuh dari lereng bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang remuk teruk akibat melanggar tebing dan terjunam jatuh dari lereng bukit. - detiknews

JAKARTA – Seramai 13 orang disahkan terbunuh  dalam kemalangan ngeri apabila sebuah bas persiaran melanggar tebing dan terjatuh dari lereng bukit, lapor laman berita Detik News, hari ini.

Kecelakaan itu terjadi di Bukit Bego, Kedungbueng Padukuhan, Desa Wukirsari, Kapanewon Imogiri, Kabupaten Bantul dalam wilayah Yogyakarta .

Bas tersebut berada dalam keadaan remuk teruk selepas kemalangan dengan cermin hadapan pecah dan  beberapa tempat duduk juga turut remuk. 

Ketua Trafik Polis Bantul, Asisten Komisioner Gunawan Setiyabudi berkata,  terdapat 47 penumpang dalam bas itu yang sebelum kejadian, melakukan perjalanan dari Sukoharjo di  Jawa Tengah.

“Terdapat 40 penumpang dalam bas ketika insiden berlaku. Setakat ini 13 orang disahkan maut termasuk pemandu bas,  namun jumlah itu mungkin akan meningkat kerana pihak kami masih dalam proses mengecam mangsa,” kata Gunawan.

Menurutnya, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tebing lalu terjunam ke bawah.

Salah seorang saksi mendakwa melihat penumpang bas  tercampak keluar melalui tingkap sejauh 70 meter.

“Selepas bas berhenti, terdengar jeritan meminta tolong. Beberapa penumpang tercampak keluar. Bas itu terbabas ke bawah kerana melalui lereng bukit.

“Saya juga melihat pemandu bas memandu dalam keadaan berbahaya meskipun melalui jalan sempit dengan kelajuan  kira-kira 80 kilometer sehingga tidak sempat menekan brek,” kata saksi kejadian, Elko.

Ketua Daerah Bantul, Abdul Halim Muslih berkata setakat maklumat yang diterima, rombongan itu baru pulang dari berkelah sempena hari keluarga syarikat perumahan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI