fbpx

Banjir : Sungai Kelamah jadi macam ‘lautan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kelamah kini seperti sebuah pulau apabila kedua-dua laluannya dinaiki air sejak awal pagi tadi.

TAMPIN – Seramai 769 penduduk di Sungai Kelamah terdiri dari dua penempatan utama kini terputus hubungan apabila kedua-dua laluan utama bertukar menjadi lautan sejak awal pagi tadi.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan berkenaan kini seolah-olah menyebabkan kawasan itu kini menjadi seperti sebuah pulau dan hanya kenderaan tertentu sahaja boleh sampai bagi menghantar bantuan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Kelamah (Felda).

Menurutnya, sejak berlakunya bencana banjir 18 Disember lalu, hampir 2,000 mangsa banjir dari 527 buah keluarga terjejas banjir di negeri ini membabitkan kesemua daerah.

“Bagaimanapun, di Sungai Kelamah ini mencatatkan mangsa banjir terbesar di negeri ini dengan kesemua laluannya terputus hubungan,” katanya ketika turun padang ke PPS SK (Felda) Sungai Kelamah, di sini, malam ini.

Untuk rekod, terdapat seorang penduduk yang meninggal dunia disebabkan tergelincir ke dalam air banjir di perkampungan ini pagi tadi.

Bahkan, kedua-dua laluan utama penduduk dinaiki air separas lebih satu meter serta sejauh lebih 500 meter.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, pihaknya akan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melihat semula kesemua stesen siren amaran awal banjir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI