fbpx
KEADAAN rumah yang diselaputi lumpur akibat banjir memerlukan masa, modal dan tenaga yang banyak untuk dibersihkan.

Tawar moratorium enam bulan, masuk wang melalui e-wallet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan di­sarankan memberi moratorium selama enam bulan untuk pinjaman peribadi, kereta dan rumah kepada mereka yang terkesan akibat banjir bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed berkata, ia dapat mengelakkan mangsa banjir membuat pinjaman ah long atau daripada mana-mana ceti haram.

Selain itu katanya, kerajaan juga perlu menjalinkan kerjasama dengan bank dan koperasi supaya mangsa banjir dapat membuat pinjaman yang adil dan selamat.

“Seperti yang kita tahu, jika meminjam daripada ah long kelak akan menimbulkan masalah kepada status kewangan mereka.

“Buat tindakan segera dan jangan buang masa lagi sebelum mangsa banjir membuat pilihan yang akan merugikan masa depan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, setiap agensi kerajaan juga perlu proaktif dan cekap menyalurkan bantuan dengan pantas seperti mengkreditkan e-wallet atau e-tunai ke dalam akaun mangsa bah.

Menurut Anuar Shah, golo­ngan B40 dan M40 perlu diuta­makan dan diberi antara RM500 hingga RM1,000 dalam bulan berbeza untuk mereka membeli barangan asas seperti lampin bayi, selimut, bantal dan elektrik.

“Apatah lagi sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi dan bantuan untuk membeli peralatan dan seragam amat diperlukan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN