fbpx
Sampah pelitup muka diakibatkan oleh pandemik Covid-19 dan mandat pemakaiannya yang dikenakan oleh kerajaan di seluruh dunia. - CATHERINE GEMMELL MCS

Sampah pelitup muka meningkat 9,000 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Satu kajian yang dijalankan di 11 buah negara seluruh dunia mendapati bahawa sampah pelitup muka yang dibuang telah meningkat sebanyak 9,000 peratus akibat pandemik Covid-19, lapor laman berita Wionews semalam.

Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di Universiti Portsmouth itu turut mendapati bahawa terdapat peningkatan pantas dari segi pencemaran baharu itu.

Keadaan itu diakibatkan oleh pandemik Covid-19 yang berterusan dan mandat pemakaian pelitup muka yang dikenakan oleh kerajaan di seluruh dunia.

Penemuan itu adalah berdasarkan data yang telah dikumpulkan di 11 negara iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Sepanyol, Australia, Belgium, Sweden, New Zealand, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat dengan bantuan aplikasi kutip sampah, Litterati.

“Secara keseluruhannya, kajian itu menunjukkan kesan peraturan penggunaan barangan, seperti pelitup muka boleh memberi kesan dengan menjadi sampah.

“Kami mendapati bahawa pelitup muka yang dibuang merata-rata mengalami peningkatan pantas dari Mac 2020, seterusnya membawa kepada peningkatan 84 kali ganda menjelang Oktober 2020,” kata ketua penyelidik, Dr. Keiron Roberts.

Tambahnya, kenaikan hampir 9,000 peratus itu menunjukkan bahawa penguatkuasaan pemakaian pelitup muka perlu disertai dengan kempen pendidikan untuk mengehadkan pembuangannya ke alam sekitar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN