fbpx
API dapat diperoleh secara primitif menggunakan sumber semula jadi seperti buluh.

Ilmu survival hutan perlu demi keselamatan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEORANG bekas komando memanfaatkan ilmu berkaitan ikhtiar hidup ketika berada dalam hutan kepada orang ramai yang berminat bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cara mencari sumber air, makanan, api, tempat berlindung dan keselamatan di dalam hutan.

Mohd. Sofian Empatie, 47, berkata, antara ilmu yang diketengahkan oleh lelaki berketurunan Iban itu menerusi kursus ikhtiar hidup termasuk cara mencari sumber air, makanan, api, tempat berlindung dan keselamatan di dalam hutan.

Mereka yang ingin memasuki hutan supaya sentiasa membuat persediaan rapi dan membawa peralatan bersesuaian.

————————————————————————————————-

SEWAKTU melakukan aktiviti meredah hutan yang terletak di Hulu Langat, Selangor, Norhasliza Nordin ditakdirkan tersesat di situ bersama seorang rakannya.

Pilihan yang ada oleh wanita berusia 44 tahun itu dan rakannya adalah dengan meneruskan kelangsungan hidup menggunakan sumber-sumber hutan di situ.

Berbekalan mancis dan parang yang dibawa, mereka perlu memanfaatkan peralatan tersebut bagi mencari makanan, air serta membuat tempat perlindungan diri sebelum bantuan tiba.

Dengan menggunakan ilmu yang ada, mereka meneruskan hidup dengan memakan umbut rotan dan buah-buahan hutan serta meminum air yang mengalir dari celah-celah batu.

Mereka berlindung daripada binatang buas dan angin sejuk di bawah bongkah batu besar beranjung dengan ditutupi dahan-dahan pokok renek pada bahagian depan.

Selepas dua hari meneruskan hidup menggunakan sumber hutan, akhirnya mereka berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pendaki lain yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Itulah sebahagian daripada situasi yang perlu dilalui oleh Norhasliza dan 20 peserta lain yang menyertai kursus ikhtiar hidup anjuran sebuah organisasi aktiviti luar.

Peserta kursus selama empat hari tiga malam itu didedahkan dengan teori ilmu ikhtiar hidup sebelum mengaplikasinya secara praktikal di dalam hutan.

MOHD. SOFIAN banyak belajar tentang hutan daripada orang lama di kampung.

“Saya sangat teruja dapat belajar dan melalui sendiri pengalaman ikhtiar hidup menggunakan sumber hutan buat pertama kali. Ia sesuatu yang menarik, meskipun hanya simulasi.

“Pada mulanya, saya bimbang juga sekiranya gagal untuk meneruskan hidup. Ternyata kami berjaya mengaplikasikan setiap teori yang dipelajari dalam kursus ini,” katanya ketika ditemu bual K2 baru-baru ini.

Norhasliza yang juga seorang guru menambah, tujuan utama dia menyertai kursus ikhtiar hidup itu adalah untuk mempersiapkan diri sekiranya berlaku sebarang kemungkinan seperti tersesat di dalam hutan.

Jelasnya, sebagai peminat aktiviti luar seperti mendaki dan berkhemah, keberangkalian untuk tersesat di dalam hutan sentiasa ada dan dia tidak boleh leka.

“Saya boleh dikatakan aktif dengan aktiviti luar. Setiap minggu ada sahaja aktiviti dilakukan. Jadi, satu keperluan untuk mengetahui serba sedikit ilmu ikhtiar hidup.

“Saya belajar perkara ini bukan untuk jadi komando, tetapi cukup sekadar pedoman sekiranya keadaan mendesak,” terangnya lagi

Menariknya, kursus ikhtiar hidup tersebut dikendalikan oleh seorang moderator yang mempunyai pengalaman luas dalam selok-belok hutan di negara ini.

Moderator dikenali sebagai Mohd. Sofian Empatie, 47, memaklumkan, kursus ikhtiar hidup dikendalikannya semakin mendapat perhatian daripada masyarakat terutamanya peminat aktiviti luar dan lasak.

PESERTA kursus didedahkan dengan teori ilmu ikhtiar hidup sebelum mengaplikasinya secara praktikal di dalam hutan.

“Saya anjur kursus ini selepas mendapati masyarakat di negara ini masih kurang pengetahuan dalam ilmu ikhtiar hidup. Ia disebabkan tiada individu yang pakar dalam bidang berkenaan.

“Pada peringkat awal dahulu, saya hendak cari 10 orang peserta pun susah. Kini, semakin ramai yang berminat dengan kursus ini terutamanya dalam kalangan kaki outdoor,” tegasnya.

Mohd. Sofian memberitahu, minatnya terhadap ilmu hutan bermula sejak kecil lagi memandangkannya dia dibesarkan dalam persekitaran hijau di sekitar Kapit, Sarawak.

Katanya, ketika kecil, dia banyak belajar mengenali pokok-pokok hutan dan binatang yang terdapat di dalamnya sebelum diasah ketika berkhidmat dalam pasukan komando selama 22 tahun.

“Sejak lahir lagi, saya memang hidup dalam persekitaran hutan. Boleh dikatakan, hidup saya ini banyak dihabiskan di hutan berbanding kawasan bandar.

“Justeru, banyak ilmu-ilmu hutan yang saya pelajari daripada orang-orang tua di kampung. Dalam pasukan komando, saya diajar dari aspek mental dan fizikal,” jelasnya.

Mohd. Sofian atau lebih dikenali sebagai Pendekar Rimba memaklumkan, ilmu yang ada pastikan sia-sia andai dia tidak berkongsi dengan masyarakat.

Rentetan itu, dia memilih berkongsi ilmu ikhtiar hidup melalui kursus bersemuka atau video dan penulis di dalam Facebook serta Instagram, Combat Survival.

“Selepas bersara daripada pasukan tentera pada 2017, saya terus aktif menganjurkan kursus ikhtiar hidup ini. Faktor utama saya mengadakan kursus ini adalah disebabkan minat dan cinta terhadap hutan,” jelasnya.

CARA memasang perangkap juga diajar agar haiwan hutan dapat dijadikan sumber makanan untuk meneruskan hidup sekiranya tersesat di belantara.

Antara ilmu yang diketengahkan oleh lelaki berketurunan Iban itu menerusi kursus ikhtiar hidup termasuk cara mencari sumber air, makanan, api, tempat berlindung dan keselamatan di dalam hutan.

Katanya, semua ilmu tersebut sangat penting dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup sekiranya terperangkap dalam hutan khatulistiwa di negara ini.

“Tubuh manusia ini mempunyai limitasi seperti tiga minggu tanpa makanan, tiga hari tanpa air, tiga jam dalam suhu ekstrem dan tiga minit tanpa bekalan oksigen. Kalau lebih daripada hukum ini, seseorang itu boleh mati.

“Jadi, kita perlu memanfaatkan sumber yang ada di dalam hutan. Tinggal kita tahu atau tidak, cara untuk guna atau tidak sahaja. Mereka yang ada ilmu ikhtiar hidup, pasti boleh teruskan hidup.

“Misalnya, api untuk memasak dan mengekalkan suhu badan boleh dihasilkan secara primitif menggunakan batu, buluh dan rotan. Sumber air pula boleh didapati daripada pokok pisang hutan dan rotan manau,” jelasnya.

Dia menambah, perkara utama yang perlu diketahui dalam ilmu ikhtiar hidup adalah mengenal pasti pokok-pokok beracun di dalam hutan.

Jelasnya, jumlah pokok beracun di dalam hutan negara ini tidak terlalu banyak, namun ia ada dan perlu diketahui supaya tidak tersalah langkah.

“Saya tidak akan ajar peserta mengenai buah dan umbut yang boleh dimakan.
Sebaliknya, mereka akan didedahkan dengan pokok, buah dan umbut beracun kerana jumlahnya tidak banyak.

“Beracun di sini bermaksud boleh membawa mudarat seperti kegatalan dan maut. Jadi, apabila jumpa pohon beracun ini di dalam hutan, mereka perlu elak.

“Antara pohon beracun yang harus dijauhi adalah jelatang dan kabung kerana boleh membawa kegatalan. Umbut pinang hutan dan oleander juga beracun,” katanya.

BAGI Lelaki berketurunan Iban ini, ilmu hutan yang ada padanya pasti sia-sia jika tidak dikongsi dengan masyarakat.

Dalam pada itu, Mohd. Sofian menyarankan supaya mereka yang ingin memasuki hutan supaya sentiasa membuat persediaan rapi dan membawa peralatan bersesuaian.

Katanya, peralatan yang dibawa dapat menjamin kelangsungan hidup seseorang di dalam hutan apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan seperti tersesat.

“Orang kita ini saya pelik, masuk hutan kadang-kadang tidak bawa apa-apa.

“Dalam asas ikhtiar hidup, terdapat lima barang asas yang perlu dibawa jika ingin masuk ke hutan.

“Antaranya parang, pemetik api, flysheet atau buaian, lampu suluh dan peti kecemasan.

“InsyaAllah, dengan ada benda-benda ini, kita dapat teruskan hidup di dalam hutan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN