PETALING JAYA – Parti Penaja Kuasa Rakyat yang diasaskan oleh abang Perdana Menteri, Kamarazaman Yaakob secara rasminya dilancarkan di The Diplomat, Pekarangan Tun Ismail, di sini hari ini.
Perasmian parti baharu itu berkonsepkan Nasionalisme Marhaenisme yang memperjuangkan nasib rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) serta anak muda.
Presidennya Kamarazaman berkata, parti tersebut akan bersuara, bergerak dan berjuang dalam menuntut hak-hak dan keperluan golongan terlibat dan anak muda selain menumpukan kepada pendidikan percuma, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
“Bukan itu sahaja, parti ini turut memperjuangkan kesihatan percuma, perumahan, peluang pekerjaan, petani, kelestarian alam sekitar dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ‘orang tengah dan modal kaum’.
“Iklim politik negara ketika ini sangat memerlukan sebuah parti yang benar-benar berbilang bangsa dan kaum. Bukan hanya di dalam Perlembagaan tetapi dari segi kompisisi kepemimpinan dan ahli malah parti juga mestilah sarat dengan perjuangan untuk seluruh anak bangsa,” jelasnya ketika pelancaran parti tersebut di ibu negara hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929