fbpx
Gambar hiasan.

Angka kematian kekal bawah 100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Angka kematian masih di bawah 100 dengan 74 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 27,265 kes.

Menurut data pada laman CovidNow yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat 27 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah BID di seluruh negara sebanyak 5,500 kes,” demikian maklumat pada laman web tersebut di sini hari ini.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Selangor (22), Sarawak (14), Sabah (11), Johor (10), Kelantan (5), Perak (4), Melaka (2), Kuala Lumpur (2), Negeri Sembilan (1), Kedah (1), Perlis (1) dan Terengganu (1) serta tiada kes dicatatkan di Pahang, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 120,246 kes aktif melibatkan 95,521 kes dikuarantin di rumah, 16,249 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,708 kes di hospital, 350 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 418 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 8,743 kes harian negara yang dilaporkan semalam, dua negeri merekodkan kes empat digit dengan yang tertinggi ialah Selangor (1,351 kes) serta diikuti oleh Sarawak (1,126 kes).

“Kes tiga digit pula terdiri daripada Kelantan (940 kes), Johor (859 kes), Sabah (761 kes), Perak (724 kes), Terengganu (590 kes), Pahang (553 kes), Pulau Pinang (537 kes), Kedah (437 kes), Melaka (289 kes), Kuala Lumpur (288 kes) dan Negeri Sembilan (198 kes).

“Selebihnya, Perlis (66 kes), Putrajaya (23 kes) dan Labuan (satu kes),” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN