fbpx

Banjir Libya: 5,300 dikhuatiri maut, 10,000 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kawasan kejiranan selepas dilanda banjir kilat di Derna, baru-baru ini. – AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Lebih 5,000 orang dikhuatiri maut manakala 10,000 lagi hilang selepas hujan lebat di timur laut Libya mengakibatkan dua empangan runtuh sekali gus meningkatkan paras air di kawasan yang sudah sedia ditenggelami banjir, lapor stesen penyiaran CNN.

Ketua Delegasi Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa di Libya, Tamer Ramadan memberikan angka terkini itu dalam satu taklimat akhbar di Geneva, Switzerland.

“Angka kematian amat tinggi,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri pihak berkuasa timur Libya berkata, sekurang-kurangya 5,300 orang dibimbangi terkorban dalam bencana itu setakat ini.

Pegawai-pegawai di bandar Tobruk pula menjelaskan, sekurang-kurangnya 145 daripada mangsa yang terkorban ialah rakyat Mesir.

Di bandar Derna, yang menjadi lokasi paling teruk terjejas, sehingga 6,000 orang dilaporkan masih hilang.

Menteri Kesihatan pentadbiran timur Libya, Othman Abduljalil menggelar situasi di itu sebagai ‘malapetaka’ dengan banyak kawasan kejiranan musnah sepenuhnya selepas dihanyutkan arus deras.

Taufan Daniel melanda timur Libya dan mencapai kemuncaknya Isnin lalu di timur laut Libya, demikian menurut Organisasi Meteorologi Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI