fbpx

Angka kematian bot karam di Lebanon meningkat kepada 94

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK mengusung mayat salah seorang mangsa semasa pengebumiannya di kem pelarian Nahr al-Bared di bandar Tripoli semalam. - AFP

DAMASCUS – Anggota penyelamat menemui 17 lagi mayat mangsa sebuah bot karam yang membawa pendatang asing dari Lebanon di pantai Syria, sekali gus menjadikan jumlah korban keseluruhan sebanyak 94 orang.

Jumlah kematian meningkat sejak mayat pertama ditemui pada Khamis lalu. 

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi menyifatkan kejadian itu sebagai ‘tragedi yang menyayat hati’ dan pencarian mangsa yang masih hilang diteruskan selepas waktu malam.

Sekurang-kurangnya 14 mangsa yang terselamat ditempatkan di hospital di Syria manakala enam yang lain sudah dibenarkan pulang. 

Dua daripada mereka masih dalam unit rawatan rapi di Hospital Al-Basel, lapor agensi berita rasmi Syria, SANA.

“Jumlah kematian akibat bot yang karam di luar pantai Tartus meningkat kepada 94 orang,” lapor televisyen kerajaan.

Tentera Lebanon telah menahan seorang rakyat negara itu yang mengaku menganjurkan kegiatan menyeludup manusia ke Itali melalui jalan laut.

Seramai 150 orang dikatakan berada di atas bot kecil yang karam di pelabuhan Tartus, kira-kira 50 kilometer di utara Tripoli.

Mereka yang berada di atas kapal kebanyakannya warga Lebanon, Syria dan Palestin termasuk kanak-kanak dan warga emas, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI