fbpx

Gempa bumi Afghanistan: PBB anggar angka kematian cecah 320

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Afghanistan duduk di atas runtuhan sebuah rumah di kampung Sarbuland di Zendah Zan, wilayah Herat semalam. - AFP

KABUL, Afghanistan – Angka kematian tragedi gempa bumi yang melanda Afghanistan mencecah sekurang-kurangnya 320 orang, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti dipetik portal berita MailOnline semalam.

Ia berlaku pada hari di mana tiga gempa bumi menggegarkan dunia dengan gegaran turut dirasai di Papua New Guinea dan Mexico.

“Dua gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter melanda barat Afghanistan semalam,” kata jurucakap pihak berkuasa bencana negara itu, Mohammad Abdullah Jan.

Angka awal dikeluarkan PBB merekodkan 320 kematian, namun masih dalam pengesahan. Pihak berkuasa tempatan pula menganggarkan seramai 100 orang maut dan 500 cedera, demikian menurut kemas kini Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.

Mohammad Abdullah berkata, empat kampung di daerah Zenda, wilayah Herat mengalami gegaran susulan dengan berpuluh-puluh rumah dilaporkan rosak.

Pusat gempa terletak kira-kira 40 kilometer di barat laut Herat. 

Gempa paling kuat (6.3 pada skala Richter) melanda Afghanistan pada pukul 7.41 pagi dan 8.12 pagi (waktu tempatan), diikuti gegeran susulan berukuran 5.5 pada skala Richter, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Peta di laman web USGS menunjukkan tujuh gempa bumi di kawasan itu. Kira-kira lima gempa bumi kuat melanda bandar itu sekitar tengah hari semalam, kata penduduk Herat, Abdul Shakor Samadi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI