fbpx

Konflik Palestin-Israel: 34 termasuk 7 bayi terbunuh di Hospital Al-Shifa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa lelaki memeriksa jasad mangsa-mangsa yang terkorban dalam pengeboman askar Israel di pekarangan Hospital Al-Shifa, 10 November lalu. – AFP

BANDAR GAZA – Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan semalam bahawa angka kematian di Hospital Al-Shifa meningkat kepada 34 orang sejak hujung minggu lalu ketika kemudahan itu mengalami kekurangan bahan api dan terus dikepung askar Israel, lapor akhbar Arab News.

“Bilangan tersebut termasuk 27 pesakit dewasa di unit rawatan rapi dan tujuh orang bayi,” kata Timbalan Menteri Kesihatan di Semenanjung Gaza, Youssef Abu Rish.

Menurut kementerian berkenaan, operasi beberapa hospital terpaksa ditamatkan di tengah-tengah pertempuran paling sengit di utara Gaza.

Tambah Youssef, semua hospital di utara Gaza kini sudah tidak berfungsi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa sehingga 3,000 pesakit dan kakitangan kini berlindung di dalam hospital tersebut tanpa bahan api mencukupi, air atau makanan.

“Dengan penuh dukacita kami memaklumkan bahawa hospital (Al-Shifa) sudah tidak lagi berfungsi seperti sebuah hospital.

“Sudah tiga hari tiada bekalan elektrik dan air,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus selepas menghubungi kakitangan agensi itu di dalam Hospital Al-Shifa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI