KETIKA dunia tertumpu ke arah misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang berdepan risiko tinggi demi menembusi sekatan ke atas Gaza, suasana berbeza pula terpancar di ibu negara, di mana pesta air berlangsung meriah. Kontras ini bukan sekadar kebetulan masa, tetapi membuka ruang persoalan yang lebih besar, tentang keutamaan, sensitiviti dan imej negara. Misi Sumud yang disertai lebih 100 kapal dilihat sebagai simbol solidariti antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin yang masih berdepan konflik. Malaysia sendiri tidak terkecuali dalam menyatakan…














