fbpx
Pemasangan bumbung panel solar di kediaman di Selangor akan mendapat rebat 100 peratus cukai taksiran tahun ini. - Gambar hiasan

Rebat 100 peratus cukai taksiran pasang teknologi hijau di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Rebat cukai taksiran sebanyak 100 peratus kepada warga Selangor yang memasang teknologi hijau di rumah mereka pada tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tawaran rebat itu diberikan kerajaan negeri bagi mengalakkan lebih ramai penduduk negeri beralih kepada tenaga bersih dan mampan.

Katanya, pemberian rebat itu merangkumi kepada pemasangan bumbung panel solar, sistem penuaian air hujan, proses kitar semula dan sistem pengkomposan sisa makanan.

“Selain itu, unit pengecasan kenderaan elektrik akan membantu Selangor ke arah negeri neutral karbon di masa hadapan.

“Kerajaan negeri memahami bahawa faktor kos boleh menjadi kekangan. Justeru, tawaran rebat cukai taksiran 100 peratus diberikan bagi tahun ini sekiranya mereka
memasang satu daripada teknologi tersebut,” ketika membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 di sini, hari ini.

Pakej tersebut mempunyai dua fasa dengan masing-masing tujuh inisiatif di fasa pertama melibatkan RM145.8 juta, manakala RM209.26 bagi fasa kedua dengan 14 inisiatif.

Beliau berkata, bagi menjayakan inisiatif itu, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menyediakan dana antara RM100,000, RM200, 000 dan RM1.5 juta mengikut kategori masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN