fbpx
Kuarantin

Tiga Orang Asli maut akibat Covid-19 di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun menjadi mangsa ketiga yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 melibatkan masyarakat Orang Asli di daerah ini.

Mangsa yang berasal dari Kampung Jedip, Pos Brooke di sini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Penghulu Kampung Sengsang, Nasir Busu mengesahkan perkara itu dan memberitahu, jenazah mangsa akan dikebumikan petang ini di kampung tersebut.

Katanya, mereka bimbang berlakunya pertambahan kes kematian membabitkan Orang Asli akibat Covid-19 di kawasan berkenaan.

“Sebelum ini, sudah dua kes kematian Orang Asli dilaporkan pada 24 Julai dan 6 Ogos lalu melibatkan pasangan suami isteri warga emas dari Kampung Sengsang.

“Kesihatan kesemua mereka semakin merosot sewaktu menjalani rawatan di HSIP sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN