fbpx
Sakamoto Tsutomu diberi penghormatan untuk menjadi pacer pada acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Identiti ‘pacer’ Keirin buat ramai kagum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Acara Keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini mendapat perhatian netizen di beberapa platform media sosial.

Sehingga kini, beberapa topik berkenaan acara itu turut sohor kini di laman Twitter.

Selain kejayaan yang diperoleh atlet negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang, dan pemain Australia yang dikatakan menjadi punca Malaysia tidak berjaya memperoleh emas, ‘pacer’ yang bertugas semasa acara tersebut turut mendapat perhatian netizen.

Perkara itu turut menarik perhatian pengulas televisyen tempatan ketika acara akhir Sukan Olimpik Tokyo itu berlangsung apabila beliau nembacakan ciapan daripada pengguna Twitter yang mempersoalkan mengapa tugas sebagai pacer diberikan kepada seorang warga emas.

Bagaimanapun, perkongsian seorang pengguna Facebook, Hizandie Shuaib ternyata membuat orang ramai kagum sebaik sahaja mengetahui identiti sebenar warga emas itu.

“Itu bukan sembarangan orang tua tau. Beliau merupakan bekas pemenang Pingat Gangsa Olimpik Los Angeles 1984 dalam acara Sprint individu.

“Pada Olimpik Tokyo 2020 kali ini beliau yang kini berusia 59 tahun telah diberi penghormatan untuk menjadi pacer bagi acara keirin,” katanya.

Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Sakamoto Tsutomu itu juga diberi penghormatan untuk menjadi pacer bagi acara tersebut dengan mengayuh e-bike Panasonic yang dicipta khas untuk temasya berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN