fbpx
kanak-kanak kini boleh menghilangkan kebosanan di rumah dengan mengikuti lawatan maya sebagaimana yang ditawarkan Taman Buaya & Rekreasi Melaka.

Lawatan secara maya depan komputer, skrin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Keunikan yang ditawarkan itu juga menyebabkan Taman Buaya & Rekreasi Melaka (TBRM) menjadi bualan masyarakat sejak awal bulan lalu sehingga tular. Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM7 bagi setiap individu, orang ramai boleh mengunjungi pusat rekreasi itu hanya menerusi komputer atau paparan skrin di rumah tanpa perlu membuat sebarang pergerakan rentas negeri mahupun daerah.

Menurut Pengurus Besarnya, Ahmad Syarifuddin Mohamad, TBRM menerapkan kemudahan teknologi terkini memandangkan hampir semua masyarakat Malaysia kini semakin terbiasa dengan kaedah pembelajaran dan bekerja dalam talian.

“Sejak PKP dilaksanakan, TBRM mula mengambil inisiatif memikirkan kaedah yang membolehkan masyarakat mengambil tahu tentang produk pelancongan yang terdapat di sini,” katanya.

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

PAGI itu, Mohd. Rizal Manoor, 36, yang dipertanggungjawabkan menjaga habitat buaya dan ular di Taman Buaya & Rekreasi Melaka (TBRM) membawa kamera mengelilingi kawasan sekitar sambil berkongsi maklumat kepada ‘pengunjung-pengunjung’ yang hadir.

Biarpun dilakukan secara maya, namun keterujaan penonton yang kebanyakannya anak-anak kecil jelas dirasakan tatkala sorakan dan jeritan girang terdengar dari dalam kamera.

Sejak 12 Jun lalu, itu merupakan rutin anak kelahiran Melaka ini selepas TBRM memperkenalkan lawatan secara maya kepada umum.

Kaedah yang buat pertama kalinya dianjurkan di Malaysia itu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan masyarakat negara ini tidak dibenarkan bergerak untuk melakukan aktiviti pelancongan dan dikehendaki duduk di rumah.

Meskipun hanya berinteraksi menerusi paparan skrin, namun Mohd. Rizal langsung tidak kekok. Sebaliknya dia mengakui teruja kerana masih berpeluang memberi pendedahan dan pengetahuan tentang haiwan kepada masyarakat biarpun ketika PKP.

Bukan sahaja buaya dan ular, ‘pengunjung’ juga sungguh teruja melihat haiwan-haiwan lain seperti ular, rusa, kura-kura dan lain-lain yang terdapat dalam taman rekreasi tersebut.

“Seronoknya lawatan maya ini ialah pengunjung dibawa ke dalam kurungan untuk mendekati dan melihat dengan lebih jelas habitat haiwan.

“Berbeza dengan lawatan fizikal yang mana mereka hanya boleh melihat dari luar kurungan sahaja,” katanya kepada K2.

MOHD. RIZAL yang bertanggungjawab menjaga buaya kini turut mempunyai tugasan baharu iaitu memberikan penerangan mengenai buaya jagaannya secara maya.

Keunikan yang ditawarkan itu juga menyebabkan TBRM menjadi bualan masyarakat sejak awal bulan lalu sehingga tular. Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM7 bagi setiap individu, orang ramai boleh mengunjungi pusat rekreasi itu hanya menerusi komputer atau paparan skrin di rumah tanpa perlu membuat sebarang pergerakan rentas negeri mahupun daerah.

Menurut Pengurus Besarnya, Ahmad Syarifuddin Mohamad, TBRM menerapkan kemudahan teknologi terkini memandangkan hampir semua masyarakat Malaysia kini semakin terbiasa dengan kaedah pembelajaran dan bekerja dalam talian.

“Sejak PKP dilaksanakan, TBRM mula mengambil inisiatif memikirkan kaedah yang membolehkan masyarakat mengambil tahu tentang produk pelancongan yang terdapat di sini.

“Pelaksanaan PKP sejak awal tahun lalu memberi impak yang sangat besar kepada sektor pelancongan dan kami salah satu penggiat industri yang terkesan kerana secara tidak langsung menjejaskan pendapatan TBRM.

“Pendapatan TBRM bergantung kepada kedatangan pengunjung melalui jualan tiket. Oleh kerana tiada pengunjung, tiadalah pendapatan yang diperoleh dan ia menyukarkan TBRM memperoleh sumber untuk kelangsungan operasi serta penjagaan kebajikan haiwan,” terangnya.

Bercerita mengenai idea lawatan maya itu, Ahmad Syarifuddin berkata, pada mulanya mereka sekadar menjalankan lintas langsung menggunakan Facebook bagi memaparkan aktiviti-aktiviti pekerja berserta sedikit penerangan fakta haiwan bertujuan menarik minat penonton berkunjung ke TBRM setelah sektor pelancongan dibuka semula.

AHMAD SYARIFUDDIN

Bagaimanapun jelasnya, tanpa disangka aktiviti lintas langsung itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton dan pengikut Facebook taman rekreasi tersebut.

Hari berganti hari, pihaknya banyak menerima permintaan untuk menjalankan penerangan menerusi video live. Permintaan itu menyebabkan mereka mula terfikir untuk melakukan lawatan secara dalam talian.

Rentetan itu, pada 12 Jun lalu, TBRM melancarkan program lawatan maya secara rasmi dan membuka tempahan kepada orang awam di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

“Misi utama program ini adalah untuk memastikan agar TBRM sebagai sektor pelancongan dapat terus bergerak dan masyarakat Malaysia masih berpeluang menikmati produk-produk TBRM sebagai pelancong.

“Lawatan maya ini dijalankan menggunakan aplikasi YouTube. Peserta yang berminat perlu membuat pembayaran dan mereka kemudian akan diberikan tarikh lawatan berserta private link untuk mengikuti lawatan maya tersebut.

“Dalam tempoh 1 jam 30 minit, peserta akan dibawa ke sekitar kawasan TBRM dan diberikan penerangan terperinci mengenai haiwan-haiwan yang ada di sini,” katanya.

Jelasnya, bagi setiap sesi lawatan, kira-kira tiga pekerja TBRM akan terlibat dengan berperanan sebagai pengacara, pembantu pengacara serta jurukamera. Turut serta dalam lawatan itu penjaga-penjaga haiwan yang mana mereka berperanan mempersembahkan haiwan kepada pengunjung ketika sesi penerangan.

Kunjungan itu nyata berbaloi kerana selain berpeluang mendekati haiwan, pengunjung turut didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat khususnya mengenai buaya dan ular, selain demonstrasi memberi buaya makan secara langsung.

“Antara topik yang menjadi tumpuan adalah tip berdepan serangan ular dan buaya.

“Terdapat juga buaya yang akan kami paparkan secara khas seperti buaya diberi nama Haris, King, Abang Sado dan Black kerana keempat-empat buaya ini merupakan buaya dominan di kawasan mereka. Haris dan King ialah dua buaya yang pernah tular kerana saiz kedua-duanya yang mencapai 15 kaki (4.5 meter) dan 16 kaki (4.8 meter) panjang,” tambahnya.

SIAPA sangka, kini dengan hanya menonton pada komputer atau paparan skrin, orang ramai kini dapat melancong atau membuat lawatan ke suatu tempat tanpa perlu melakukan pergerakan mahupun merentas daerah atau negeri.

Diadakan setiap hari Jumaat sehingga Ahad, sebanyak dua sesi dibuka kepada umum iaitu pada pukul 11 pagi dan 2.30 petang. Sejak dibuka kepada umum, TBRM telah menerima lebih 10,000 tempahan lawatan.

Menariknya, para pengunjungnya bukan sahaja dari Malaysia, bahkan turut menarik perhatian pengunjung Singapura dan Indonesia.

“Walaupun keadaan negara sudah semakin pulih, kemungkinan terdapat sebahagian kecil masyarakat berdepan kesukaran dan keterbatasan untuk datang ke TBRM.

“Memikirkan mengenainya, kami akan terus menyediakan platform ini sebagai alternatif bagi mereka yang ingin membuat penjimatan perjalanan dan sebagainya. Pendek kata, selagi ada permintaan, kami akan laksanakan demi kepuasan orang ramai,” tuturnya.

Tahu mengenai lawatan maya di TBRM, Fatin Fasihah Haris begitu teruja untuk merasai sendiri pengalaman melawat taman tersebut tanpa perlu hadir secara fizikal.

Dia dan anak lelaki sulungnya, Rafiq Firman, 4, bukan sahaja gembira sepanjang lawatan apabila berpeluang melihat haiwan-haiwan di situ secara dekat, malah juga didedahkan pelbagai input bermanfaat.

“ Anak dapat tengok macam mana buaya hidup dua alam dan dari situ dia juga dapat ilmu baharu yang mana buaya tidak boleh makan di dalam air.

“Inisiatif sebegini patut dibuat taman-taman rekreasi lain sebagai alternatif kerana selain dapat jana pendapatan, ia juga memudahkan orang ramai yang menetap jauh untuk melakukan kunjungan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN