fbpx
Surau Al-Jannah yang ditutup selepas seorang daripada jemaahnya mempunyai kontak rapat dengan Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga

Penduduk risau Kluster Sivagangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Sebahagian penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23 di sini meluahkan rasa bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga di Napoh, Jitra Kedah.

Seorang penduduk yang dikenali Hasnadi, 40, berkata, dia dan penduduk lain begitu terkejut apabila laporan berkenaan kontak rapat itu tersiar di akhbar dan media sosial sejak semalam.

Katanya, kali terakhir dia ke surau tersebut dua minggu lalu bagi menunaikan Solat Jumaat.

“Siapa yang tidak risau dengan virus Covid-19 apatah lagi kluster itu cepat merebak. Sudah pasti, saya mengambil langkah berjaga-jaga terutama memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan penutupan Surau Al-Jannah Jannah serta-merta apabila seorang jemaah dikesan mempunyai kontak rapat individu positif Covid-19 berkaitan Kluster Sivagangga.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada arahan lagi dikeluarkan kepada kami untuk melakukan saringan kesihatan.

“Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif Covid-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkina Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN