fbpx

Lebuh Raya Utara-Selatan sesak 12km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Trafik ke selatan sesak lebih 12 kilometer susulan terdapat nahas empat buah kenderaan melibatkan sebuah treler di kilometer 222.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) di sini malam tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8.48 malam dan tiba ke lokasi pada pukul 9.15 malam.

Keadaan kesesakan di lebih raya Utara-Selatan yang masih sesak

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fuad Majid, kemalangan itu melibatkan sebuah treler, pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, Nissan Grand Livina dan Honda Jazz.

“Ada 13 mangsa kesemuanya, tiga daripadanya berusia lingkungan 60-an dan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Turut mengalami kecederaan ringan dalam nahas itu ialah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia tujuh dan lima tahun serta seorang bayi berusia lapan bulan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini tadi.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya yang mengakibatkan kesesakan teruk.

 

Sementara itu, di lokasi kejadian trafik masih sesak bermula dari KM 234 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berikutan dua lorong ditutup susulan treler melintang di lokasi kemalangan.

Orang awam yang ditemui di lokasi kejadian, Md. Zaidi Md. Zainal, 40, berkata, dia tiba di situ ketika kemalangan masih baru dan mangsa masih ada dalam kenderaan tersebut.

“Saya lihat ada yang cedera parah dan kami membantu mangsa keluar dari kenderaan kemalangan itu, treler pula sudah l merintangi jalan.

“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI