ZII JIA tidak dapat meneruskan saingan apabila menarik diri ketika sedang beraksi di suku akhir hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

Syed Modi: Zii Jia tarik diri, kempunan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak dapat meneruskan misi pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India apabila menarik diri di suku akhir hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Akademi BBD U.P. itu, Zii Jia tewas 16-21 di set pertama selain ketinggalan 6-11 di set kedua sebelum mengambil keputusan untuk menarik diri.

Bagaimanapun, punca bekas juara All England itu menarik diri tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, beregu campuran negara, Wee Yee Hern-Vannee Gobi meneruskan rentak cemerlang apabila menempah slot separuh akhir buat kali pertama dalam kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 itu.

Gandingan No.61 dunia itu menundukkan beregu Indonesia, M Nawaf Khoiriyansyah-Indah Cahya Sari Jamil menerusi keputusan straight-set 21-15, 21-14 dalam tempoh 39 minit.

Menjelang aksi separuh akhir esok, Yee Hern-Vannee akan berdepan beregu tuan rumah, Sathwik Reddy Kanapuram-Reshika Uthayasooriyan yang menewaskan rakan sepasukan, Viraj Kuvale-Rutaparna Panda 21-8, 21-14.

Nasib berbeza dialami perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching apabila tersekat di suku akhir selepas tewas kepada pilihan keempat dari Thailand, Supanida Katethong 13-21, 13-21.

Turut tersingkir adalah beregu wanita muda negara, Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan yang tewas mengejut 18-21, 21-10, 18-21 kepada pasangan England, Abbygael Harris-Estelle van Leeuwen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN