Abu Bakar ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perlis 2027.

Penjawat awam, kakitangan kontrak Perlis terima RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan menerusi dua peringkat pembayaran iaitu pada Januari dan Mac tahun depan.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM362.62 juta dengan unjuran defisit RM33.59 juta bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, belanjawan bertemakan ‘Perlis Progresif: Memacu Pertumbuhan, Menjana Kemakmuran’ itu memberi penekanan kepada usaha meringankan beban kehidupan rakyat serta memperkukuh jaringan sokongan kepada golongan memerlukan.

“Kerajaan negeri beriltizam untuk memastikan kecekapan sistem pentadbiran, pengurusan agensi, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri berada pada tahap yang optimum,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perlis 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN