KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak Isnin lalu tidak berubah dengan jumlah mangsa kekal 151 orang daripada 42 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata jumlah mangsa banjir berkenaan tidak berubah sejak petang semalam.
“Kesemua mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus yang merupakan satu-satunya PPS beroperasi di negeri ini.
“Cuaca di sekitar Kuala Terengganu pagi ini hujan renyai,” katanya. – KOSMO! ONLINE














