Keadaan di sekitar SMKA Dato’ Haji Abbas, Kuala Nerus yang dinaiki air susulan hujan lebat semalam.

Banjir: Calon SPM di Terengganu tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu tidak terjejas meskipun empat sekolah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Penyelaras Bencana Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shamsuddin Md. Yusof berkata setakat ini tiada calon SPM dipindahkan ke pusat peperiksaan alternatif.

“Empat sekolah terjejas ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di Kuala Nerus serta Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bukit Chendering dan SK Gelugor di Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Menurutnya, dua sekolah menengah terbabit mempunyai seramai 202 calon SPM masing-masing 176 calon di SMKA Dato’ Haji Abbas dan 26 calon di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.

Beliau berkata, asrama murid lelaki dan perempuan di SMKA Dato’ Haji Abbas turut dinaiki air menyebabkan calon SPM dipindahkan ke tingkat dua blok asrama sebagai langkah keselamatan.

“Murid tingkatan dua hingga empat pula diarahkan pulang bersama penjaga masing-masing manakala mereka yang berdepan kekangan pengangkutan akan pulang esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN